Dua Warga Indonesia Positif Covid-19 Hilang Diri

- Advertisement -

KUCHING – Gerakan sedang giat dijalankan bagi mengesan dua lelaki Indonesia yang menghilangkan diri selepas disahkan positif Covid-19, Rabu lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, dua lelaki terbabit menjalani saringan Covid-19 selepas ditawarkan bekerja di daerah Asajaya oleh majikan di Kuching.

Beliau berkata, mereka dibawa ke kuarters pekerja di Asajaya pada 20 Disember lalu.

“Mereka kemudiannya dibawa oleh majikan untuk menjalani saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta di Serian pada 21 Disember dan keputusan ujian pada 23 Disember mendapati kes ini adalah positif.

“Bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19 menghilangkan diri selepas menjalani saringan dan masih gagal dikesan hingga kini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kesihatan Negeri dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak kini sedang giat mengesan dua warga Indonesia terbabit.

Katanya, dua warga Indonesia itu adalah antara tiga kes baharu Covid-19 yang dikesan di Sarawak hari ini.

“Satu lagi kes juga membabitkan seorang lelaki warga Indonesia yang dikesan positif selepas menjalani saringan Covid-19 kerana ingin memulakan kerja di tempat baharu di Kuching.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai sejarah bekerja secara sah di Sarawak sejak Disember 2019 di sebuah premis makanan di Kuching dan kembali secara sah ke negara asal pada Julai 2020, bagaimanapun dia masuk semula ke Sarawak menggunakan jalan tikus pada 25 Disember 2020,” katanya.

Dengan tiga kes baharu itu, Sarawak kini mencatat sebanyak 1,108 sejak kes pertama dikesan Mac lalu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat