PKPD Tiga Kawasan Di Johor, Negeri Sembilan

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin hingga 10 Jan depan di tiga kawasan, masing-masing melibatkan dua zon di Johor dan satu di Negeri Sembilan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD itu melibatkan Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru dan Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor (yang menempatkan tahanan positif COVID-19) serta Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes COVID-19 di lokaliti tersebut sekali gus mencegah penularan kes.

“Di pusat koreksional, KKM mengesahkan terdapat lapan kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam masa lapan hari iaitu bermula 16 sehingga 23 Dis lepas.

“Kes-kes ini dikesan semasa Orang Kena Tuduh (OKT) hadir bicara mahkamah di daerah lain. Terdapat seramai 685 orang dalam kalangan OKT dan kakitangan di PKJ yang terdedah kepada lapan kes positif tersebut,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

PKPD itu akan membabitkan 937 tahanan, 322 anggota dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah.

Bagi PKPD di sebuah dewan di Mukim Kota Tinggi, katanya, KKM melaporkan terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan hasil saringan mendapati 125 kes positif COVID-19.

“Oleh itu, PKPD akan dilaksana di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, untuk menempatkan kesemua tahanan yang positif COVID-19 dari Lokap IPD Kota Tinggi,” katanya.

Sementara itu, katanya PKPD di Penjara Jelebu dilaksana berikutan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang melibatkan tahanan dan kakitangan di penjara dan kuarters kakitangan penjara itu.

“Sehingga 22 Dis, KKM telah melaksanakan 1,086 ujian saringan dan sebanyak 307 kes positif COVID-19 telah direkodkan iaitu 305 kes dalam kalangan OKT dan dua kes wadar,” katanya.

Ismail Sabri juga mengingatkan prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara berkenaan sama seperti yang diumumkan sebelum ini, termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...