KARAMBUNAI- Kemunduran Sabah akan terus berlarutan sekiranya pengundi khususnya anak muda ‘terpedaya’ dengan politik wang dengan memilih calon yang beri sagu hati dan selepas menang lesap tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Pesuruhjaya Pas Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan mengingatkan rakyat Sabah supaya menolak budaya politik rasuah yang rancak berlegar di hari-hari akhir menjelang pilihan raya dengan ‘penganuan’ atau sagu hati.
“Saya sarankan anak muda- anak muda pilih kepada calon, kurangkan tengok kepada parti.
“Kemunduran Sabah pada pandangan saya, kita terikat sangat dengan parti walaupun calon yang dihantar bukan calon yang ada potensi, ada kredibiliti menjadi pemimpin.
“Perkara yang kedua, rakyat Sabah kena kurang dan kena tolak sudah budaya politik rasuah di akhir-akhir menjelang pilihan raya. Saya tahu dan masyarakat Sabah tahu akhir 2 ,3 malam kebelakangan ini akan ada yang disebut sebagai ‘penganuan’ -sagu hati.
“Sebenarnya kalau kita ambil ini kitalah yang menyebabkan Sabah mundur… yang ambil RM200, RM300 itu dan kita undi parti pada orang yang tidak bekerja.
“Jangan nanti lepas ini kita timbulkan isu air, isu jalan, isu elektrik, isu perumahan…kalau memang kita pilih parti dan orang yang sudah buat masalah puluhan tahun sebelum daripada ini,” katanya dalam audio siar SuaraTV.
Justeru beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) DUN Karambunai menyeru rakyat Sabah supaya berani berubah.
“Tengok kepada calon, karektor,attitude dan personaliti calon itu.
“Saya yakin kalau calon-calon memang bekerja meskipun daripada pelbagai parti sekalipun ini akan cepat memacu kemajuan Sabah,” tegas Aliakbar lagi.



