Anifah akan bawa masuk projek minyak dan gas ke Bongawan, Sabah Selatan berkat hubungan erat dengan Brunei

KOTA KINABALU- Calon GRS bagi kerusi N.30 Bongawan Tan Sri Anifah Aman akan memanfaatkan hubungan baiknya dengan Kerajaan Brunei Darussalam untuk membangunkan cadangan projek minyak dan gas untuk masa depan Bongawan dan Sabah Selatan.

Menurut Anifah, sebagai seorang yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia diplomasi, hubungan beliau dengan Kerajaan Brunei Darussalam bukan sekadar hubungan rasmi ia hubungan persahabatan, saling hormat, dan keakraban yang terjalin sejak saya memegang amanah sebagai Menteri Luar dahulu.

“Saya sentiasa menghargai layanan baik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan pihak Istana terhadap saya setiap kali kunjungan kerja atau perbincangan dua hala.

“Meskipun Brunei sebuah negara kecil, tetapi kekuatan mereka dalam industri minyak dan gas adalah antara yang paling dihormati di dunia kecekapan pengurusan, kestabilan polisi, dan kebolehan mereka mengurus hasil petroleum menjadi penanda aras antarabangsa.

“Hubungan baik inilah yang memberi saya keyakinan bahawa jika Sabah ada projek besar yang ingin diketengahkan, termasuk cadangan projek Oil & Gas yang saya bangkitkan untuk masa depan Bongawan dan Sabah Selatan, saya boleh memulakan komunikasi awal dengan rakan-rakan di Brunei untuk meninjau potensi kerjasama,” kata Anifah.

Beliau bagaimanapun tidak menjanjikan bulan dan bintang.

” Tetapi saya tahu satu perkara iaitu pintu yang susah dibuka tidak akan terbuka tanpa hubungan yang betul, dan tanpa kepercayaan.

“Itulah kelebihan yang saya bawa bukan sekadar pengalaman, tetapi jaringan diplomatik dan persahabatan yang boleh diterjemahkan menjadi peluang nyata untuk rakyat Sabah, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan.

“Kerana masa depan Bongawan, masa depan Sabah, tidak boleh dibina hanya dengan kata-kata. Ia perlu dibina dengan hubungan, keupayaan, dan tindakan yang berani.

“Dan inilah yang saya tawarkan untuk rakyat Sabah di Bongawan. Untuk Bongawan, Untuk Sabah! seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat