KDN akan bantu mudahkan mangsa banjir urusan ganti dokumen pengenalan diri – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi terkait akan membantu mempermudahkan urusan dokumen diri rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran, seperti musibah banjir yang besar sekarang ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, seperti mana yang telah dilaksanakan sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memastikan bantuan penggantian dokumen pengenalan diri disediakan kepada mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen akibat bencana ini.

“Penggantian ini dibuat secara percuma melibatkan dokumen seperti MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta lain-lain dokumen rasmi JPN.

“Bagi memudahkan urusan rakyat, JPN turut akan menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan-kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses.

“Hal ini supaya bantuan dapat disampaikan terus kepada mereka yang memerlukan tanpa menambah beban sedia ada.

“Insya-Allah Kerajaan Madani sentiasa prihatin membantu rakyat, khususnya ketika berdepan ujian dan kesulitan, ini bagi memastikan segala bentuk bantuan disampaikan dengan cepat, cekap dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.

“Dalam apa jua musibah yang menimpa, saya ingin mengingatkan semua yang terkesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Insya-Allah,” ujar Saifuddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat