PM main peranan bantu usaha bebas 17 warga Thailand di Gaza

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan turut memainkan peranan penting dalam membantu usaha pembebasan 17 warga Thailand di Gaza, yang menjadi tebusan Hamas pada minggu lalu, lapor Kosmo.

Memetik laporan itu, perkara berkenaan didedahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengesahkan, ia hasil susulan daripada permintaan kerajaan Thailand sendiri.

“Ramai mungkin tidak tahu bahawa Perdana Menteri kita pun ada memainkan peranan penting di belakang tabir,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian semasa sidang akhbar di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini petang tadi.

Terdahulu, pada pagi tadi, Perdana Menteri Thailand, Settha Thavisin ketika bertemu Anwar di sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam juga telah mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu.

Pemimpin Thailand tersebut dipercayai merujuk kepada pembebasan rakyat negara itu ketika berlangsung jeda kemanusiaan ekoran gencatan senjata selama empat hari, bermula Jumaat lepas.

Sementara itu, mengulas lebih lanjut Zambry berkata, pihak berkuasa negara jiran itu memang ada meminta bantuan Malaysia ekoran kejayaan pembebasan warga Malaysia dari Gaza awal bulan ini.

“Proses ini amat sukar dan dilakukan penuh berhati-hati kerana ia dibuat bukan dalam fasa gencatan senjata dengan suasana di wilayah itu masih lagi dalam perang,” jelasnya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat