PAS sokong Menteri KDN rampas buku unsur komunisme

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS memuji Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas tindakan tegas merampas lapan buku disyaki mengandungi unsur komunisme.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ideologi komunisme masih wujud dan ia bahaya sekiranya tidak dikekang.

“Tahniah KDN, dalam bab ini kita sokong Menteri dan KDN.

“Kena bertindak tegas terhadap unsur-unsur komunisme, sememangnya ideologi ini masih wujud dan hidup.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyatakan bahawa kerajaan perlu sentiasa prihatin dan terus bertindak jika ada unsur-unsur mahu dihidupkan semula ideologi yang bahaya ini.

Semalam, Saifuddin memberitahu tindakan KDN merampas lapan buku disyaki mengandungi unsur komunisme daripada sebuah premis di Petaling Jaya Khamis lalu, hanyalah proses biasa selepas menerima aduan daripada orang awam.

Beliau berkata buku berkenaan akan dipulangkan kepada premis berkenaan sekiranya hasil penelitian tidak menemui sebarang unsur seperti didakwa.

“(Kedai buku) Gerak Budaya (Enterprise) pun beritahu, penguat kuasa ambil dengan sopan di mana saya menyebut bahawa apabila ada aduan daripada orang awam, sudah tentu Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan KDN akan gunakan klausa daripada akta sedia ada untuk melawat premis yang diadukan.

“Kemudian (mereka) mengambil beberapa buku terbabit dan proses (seterusnya), ada panel yang meneliti, jadi pada akhir penelitian, jika isi kandungan tidak memaparkan elemen yang dimaksudkan, mereka akan pulangkan, itu proses biasa seperti mana dibenarkan (untuk) bertindak di atas aduan orang awam,” katanya.

KDN menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan merampas lapan buku disyaki mengandung unsur komunisme dalam pemeriksaan di premis Gerak Budaya Enterprise.

Rampasan menerusi Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam.

Saifuddin berkata, beliau menerima baik sebarang teguran, kritikan dan pandangan berhubung tindakan terbabit.

Bagaimanapun, beliau menegaskan KDN juga harus peka, sensitif dan seimbang terhadap aduan awam.

“Yang tak boleh kita benarkan ialah tindakan penguat kuasa melampaui batas undang-undang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat