Kajian Fasa 3 Vaksin Covid-19 Mula Disember Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kajian klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 akan dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) bersama China.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, vaksin tersebut dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).

Katanya, kajian akan melibatkan 3,000 peserta dan akan menilai keselamatan serta keberkesanan vaksin dibangunkan itu.

“Kajian yang dijangka bermula pada bulan Disember 2020 akan dikendalikan oleh Pertubuhan Kajian Klinikal (CRO) tempatan dan telahpun didaftarkan di dalam Daftar Kajian Perubatan Nasional (NMRR).

Profil keselamatan vaksin akan diteliti terlebih dahulu oleh NPRA untuk memperoleh Lesen Import Kajian Klinikal (CTIL) dan protokol kajian akan dikaji oleh Jawatankuasa Etika dan Kajian Perubatan (MREC).

“Ia bagi memastikan kajian yang akan dijalankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM,” katanya dalam sidang media secara sidang video hari ini.

Turut menyertai sidang media itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tambah Muhyiddin, kajian itu akan melibatkan lapan buah pusat penyelidikan klinikal di bawah seliaan KKM.

“Kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IMBCAMS yang akan berkolaborasi untuk menjalankan kajian klinikal Fasa 3 ini di Malaysia,” ujarnya.

author avatar
Muhammad Arafat
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat