Senyum lebar, teruja betul Anwar sambut Trump memalukan Malaysia! – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar layanan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meraikan dan menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN yang dianggap tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Saya memandang serius sambutan keterlaluan yang diberikan oleh Perdana Menteri ke atas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“Sambutan penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar apakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan?

“Seperti yang saya telah peringatkan di Dewan Rakyat tempohari, tidak wajar Trump diberikan sambutan meriah di bumi Malaysia tatkala rakyat Palestin sedang bermandi darah dan mati kebuluran di bumi Gaza,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kata Presiden Bersatu itu lagi, sambutan sedemikian memberi gambaran seolah-olah Malaysia begitu teruja meraikan kedatangan tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Apatah lagi tindakan Perdana Menteri yang turut menari bersama Trump amat mengguris hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

“Perdana Menteri sering berapi-api mengutuk kekejaman Israel dan konco-konconya. Namun, semangat itu tiba-tiba luntur digantikan dengan senyuman lebar dan sambutan hangat terhadap individu yang menyokong rejim Zionis Israel.

“Trump ialah simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi kekejaman rejim Zionis Israel.

“Menyambut tokoh seperti ini dengan keghairahan melampau adalah amat memalukan Malaysia,” bidas Muhyiddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat