Zahid ingatkan pengundi muda tak terpedaya janji populis lawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Anak muda Malaysia usah terpesona agar tidak terpedaya dengan kelicikan lawan Barisan Nasional (BN) bermain populis.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan, pelbagai janji manis untuk anak muda pada PRU14 yang hanya propaganda meraih undi perlu dijadikan iktibar.

“Janji mansuh PTPTN, pendidikan percuma sepenuhnya, mahu bawa kumpulan muzik tertentu ke Malaysia.

“Konon akan wujudkan 1 juta pekerjaan, ‘bawa pulang’ rakyat bekerja di Singapura dan banyak lagi,” kata Zahid dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau yang juga Presiden Umno juga berkata, saksikan juga ketidakstabilan dibawa lawan BN kepada negara sepanjang mereka diberi peluang jadi kerajaan.

“Pengundi muda perlu pastikan kestabilan, kemakmuran kembali terbentuk demi masa depan mereka.

“Ingatlah Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh lagi berkemampuan dari sekarang,” ujarnya.

Hal ini katanya, dunia diramal berdepan kemelesetan ekonomi global pada tahun 2023 oleh banyak badan antarabangsa.

“Berbanding gabungan politik lain, InsyaallahBN dengan pengalaman mentadbir negara mampu mendepaninya.

“Tanpa kerajaan yang kukuh, stabil dan berkemampuan, golongan muda antara yang paling terjejas.

“Peluang pekerjaan dan kerjaya untuk mereka semakin terhad. Peluang memiliki kediaman semakin terkesan,” katanya.

Selain itu Zahid juga menegaskan, peningkatan kos sara hidup yang gagal ditangani oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan bertambah merisaukan.

“Majlis Pemulihan Negara yang asas kewujudannya sejak 4 September 2021 adalah politik.

“BN menang mutlak kerajaan akan kembali berfungsi sebagai sebuah pasukan tanpa ugutan dan tuntutan politik.

“Sekali gus memudahkan usaha membentengi rakyat daripada impak kemelesetan ekonomi global,” katanya.

Ramalan kemelesetan ekonomi dunia berbaki beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Buatlah pilihan yang tepat pada PRU15 yang amat penting dalam menentukan hala tuju negara,” seru Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat