CBP Agih Wakalah Zakat RM370,000

- Advertisement -

CYBERJAYA – Co-opbank Pertama (CBP) telah mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada enam belas (16) buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.

Program agihan ini mensasarkan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam kalangan fakir dan miskin, selain institusi masjid dan pelajar IPT bawah kategori asnaf Fisabilillah.

Agihan wakalah zakat ini dilakukan di beberapa negeri iaitu di Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan dan Melaka. Selain itu, turut diagihkan adalah di Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, agihan zakat ini merupakan salah satu program di mana agihan zakat ini disampaikan sendiri oleh Anggota Lembaga CBP menerusi majlis serahan zakat yang diadakan di masjid-masjid terpilih di seluruh negara.

Hajah Nor Hidayah Omar, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi CBP menyerahkan replika cek kepada wakil Masjid Nurul Iman, Nibong Tebal, P. Penang semasa Program Agihan Zakat Sinar Inspirasi yang diadakan baru-baru ini

“Program agihan yang dijalankan membuktikan kesungguhan CBP dalam memartabatkan masjid sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan, selain menzahirkan keprihatinan CBP terhadap golongan ibu tunggal, anak yatim serta pelajar IPT.

“Ini merupakan tanggungjawab CBP untuk membantu golongan yang memerlukan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dengan bantuan zakat yang diberikan.

“Tambahan lagi, menerusi program ini juga, ini merupakan langkah untuk CBP merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang telah banyak membantu dan menyokong kita selama ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain daripada agihan wakalah zakat, beliau turut berkata, CBP juga terus komited membantu masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan.

Khairil Anuar turut berkata, pihaknya juga turut mensasarkan agihan ini dapat ditingkatkan lagi di tahun-tahun mendatang dan dapat membantu lebih ramai golongan sasar di negeri-negeri lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat