Syed Saddiq harap kes mahkamah berakhir esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap esok adalah hari terakhirnya berulang-alik ke mahkamah.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, beliau mahu menumpukan sepenuhnya fokus berkhidmat kepada rakyat sekiranya kes mahkamah yang membabitkannya berakhir esok.

“Esok akan jadi hari penentu untuk kes saya.

“Insyallah, esok hari terakhir saya ke mahkamah. Empat bulan lebih, saya naik turun mahkamah, saya lawan sampai habis.

“Kalau boleh, memang nak habiskan awal lagi. Sepatutnya, kes pendakwaan habis bulan Julai,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun Syed Saddiq yakin kebenaran akan ditegakkan.

“Habis awal, boleh terus fokus berkhidmat untuk rakyat. Saya berikan kerjasama sepenuhnya sepanjang kes ini.

“Tak ada nak minta tangguh-tangguh.Tak ada nak ambik MC. 100 peratus hadir ke mahkamah. Saya berharap yang terbaik,” ujarnya.

Beliau malah meletakkan kepercayaan penuh kepada institusi kehakiman dan berharap kebenaran berpihak kepadanya.

Mahkamah Tinggi pada 6 Oktober lalu menetapkan tarikh 28 Oktober ini bagi tarikh keputusan terhadap empat pertuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram oleh Syed Saddiq.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pihak pembelaan selesai hujahan di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat