Saya Tak Tahu Ada Perbincangan, PN Tidak Akan Kerjasama Dengan GTA – Muhyiddin

- Advertisement -

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) putuskan tidak ada kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya mengambil keputusan untuk bergerak ke depan dengan parti komponen sedia ada.

“Tidak ada perbincangan untuk bekerjasama dengan GTA. Bukan PN tidak mahu ada kerjasama tetapi kita memutuskan untuk bergerak ke hadapan dengan apa yang sudah dirancang sejak awal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat BERSATU di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau juga menafikan dakwaan PN ada perbincangan dengan GTA tetapi belum dimuktamadkan kerana ada isu belum selesai.

Pengerusi Penaja GTA, Dr Mahathir hari ini berkata pihaknya masih meneruskan perbincangan kerjasama dengan GTA dan menyelesaikan beberapa isu dan memberikan masa kepada PN selama dua hari untuk putuskan.

Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perbincangan itu kerana tidak dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Tidak ada perbincangan dan tidak ada mesyuarat rasmi. Mungkin ada bincang di peringkat bawahan tetapi tidak sampai kepada majlis (presiden), saya tidak tahu,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat