‘Saya lelaki, orang Malaysia, jadi saya kena cakap’ – Joe Flizzow

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi rap popular, Joe Flizzow terpanggil untuk bersuara di media sosial baru-baru ini mengenai kontroversi program bual bicara Rumah No 107 yang membincangkan babak rogol membabitkan pelakonnya, Fauzi Nawawi dengan Raja Farah dalam filem Anak Halal kerana menganggap ia keterlaluan.

Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak berkata, dia membuka mulut berhubung isu itu kerana statusnya sebagai lelaki dan rakyat Malaysia.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai individu yang terbabit dalam program itu. Bukan cara saya untuk bersuara, namun saya tampil membuka mulut kerana berpendapat bukan semua benda boleh dijadikan bahan jenaka.

“Sebagai rakyat Malaysia dan seorang lelaki, saya terpanggil untuk menyuarakan rasa ralat mengenai perkara berkenaan. Bagi saya, perkara itu begitu melampau dan memaparkan kelakuan kita sebagai masyarakat.

“Saya tidak mahu menyinggung mana-mana pihak apatah lagi kami berlainan cabang seni. Saya daripada bidang muzik dan tiada kena mengena dengan bidang filem, namun perkara itu tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Menurut Joe, golongan selebriti yang mempermainkan isu terbabit dianggap tidak matang dan profesional.

Sementara itu, Joe ditemui di majlis pelancaran aplikasi SOLS 27/7 yang menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaaan (Work Essential English) hari ini berkata, ia adalah satu usaha untuk masyarakat dan kursus itu diberikan secara percuma.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang memberi banyak manfaat kepada semua. Baru-baru ini saya ada membuat sesi ‘live’ bersama Tengku Iman dan Alyph dalam bahasa Inggeris. Menerusi ruangan komen boleh dikatakan semua peminat meminta kami berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Insiden itu sedikit sebanyak meninggalkan impak buat saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat