‘All Together Now Malaysia bukan tempat saya’ – Thalia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Cuba nyanyi lagu Sweet Child O’Mine, kita pulak jurikan awak, boleh?”

Itu pertanyaan disuarakan penyanyi Thalia yang menyertai program All Together Now Malaysia (ATNM), Ahad lalu.

Thalia atau nama sebenarnya Ketty Natalia Rasul Khan berkata, lagu nyanyian kumpulan Guns N’ Roses itu adalah bukan pilihannya.

“Okay sudah habis program jadi, saya nak beritahu ni. Lagu itu lagu yang dipilih mereka. Kami cuma bagi senarai lagu. Jadinya, kalau yang tanya kenapa tidak nyanyi lagu Ziana Zain, bukan saya pilih tapi mereka.

“Datuk AC Mizal (DAC) cakap, kredit perlu diberi kepada yang nyanyi lagu Ziana,” katanya.

Thalia menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa lagu Ziana adalah ‘makanan’nya dan dia sukar membawakan lagu Sweet Child O’ Mine.

Thalia yang juga bekas peserta program Mentor di TV3 itu turut mengkritik juri yang memberi komen selain secara sinikal mendakwa juri yang tidak bangun adalah hebat.

Dalam hantaran sama, Thalia turut menyenaraikan juri yang tidak bangun dan memberikan markah seperti Siti Nordiana, Bob Yusof, Kelly Azman, Vanessa, Tanushree Dutta, Lil Milo, AG Coco, Azira Shafinaz dan Suresh.

“Bob AF tu, jumpa di luar pentas lepas habis nyanyi, ‘awak bagus nyanyi tadi’. Saya balas, tapi kenapa abang tak bangun? Tanusha minta maaf sebab terlambat tekan butang.

“Tapi masin mulut DAC, ‘suara awak tahap antarabangsa’. Ya, selepas habis saja rakaman itu saya pun menyertai pertandingan WCOPA (World Championships of Performing Arts) dapat pingat emas. Tahun depan wakil Malaysia ke California. Kesimpulannya, ATNM ni memang bukan tempat saya,” katanya.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok yang memaparkan nyanyian daripada seorang juri yang tidak bangun dengan menyanyikan lagu Kemelut Di Muara Kasih nyanyian asal Ziana Zain.

Dalam masa sama, Thalia menerusi hantaran di Instagram juga memuat naik video nyanyian juri itu dengan membandingkan nyanyiannya dengan lagu yang sama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat