Masdo jumpa peminat

- Advertisement -

RAMAI penggiat seni mengambil kesempatan mengadakan konsert sebaik kebenaran diberikan kerajaan dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

Tidak terkecuali berbuat demikian ialah Kugiran Masdo yang akan beraksi dalam persembahan Temasya Buka Panggung di PJPac pada 13 dan 14 November ini.

Kumpulan yang dianggotai Ali (penyanyi, gitar), Putu Ceri (bass), Am (dram), Asmawi (gitar utama) dan Chakam (keyboard) melahirkan perasaan gembira dapat kembali turun padang selepas dua tahun berehat.

“Masdo memang teruja untuk buat ‘show’ ini selepas hampir dua tahun tidak beraksi. Bila dah boleh buat persembahan, memang kami nak beri sehabis baik untuk peminat yang sekian lama rindukan menonton ‘live’ show.

“Jumlah penonton yang dibenarkan pula tidak ramai, sekitar 300 orang saja, namun kami tetap akan menampilkan persembahan hebat selama dua hari ia berlangsung,” kata Ali.

Menurut Putu Ceri pula, kali terakhir mereka beraksi ialah dalam konsert anjuran RTM di Bentong, Pahang.

“Untuk memberikan kepuasan maksima kepada penyokong, kami akan memainkan semua lagu dari album pertama berjudul Selamat Tinggal Pujaan dan kedua iaitu Jalan Abbey.

“Tak ketinggalan kami akan turut menyanyikan tiga lagu ‘cover’ buat mereka. Persembahan dijadualkan berlangsung dalam sejam setengah ke dua jam dengan keseluruhan 18 lagu.

“Tiada perbezaan senarai lagu untuk kedua-dua hari. Cuma untuk hari pertama kami jemput band underground Saripdol Samseng Kampung Dusun sebagai artis undangan untuk pembukaan,” katanya.

Untuk hari kedua pula, mereka menjemput Fizan bekas anggota Bittersweet untuk bersama membuat persembahan.

Putu Ceri mengakui kebenaran cakap-cakap konsert ini ibarat melepas kerinduan terhadap peminat.

 

KUGIRAN Masdo akan menyampaikan 18 lagu untuk peminat dalam konsert mereka nanti.
KUGIRAN Masdo akan menyampaikan 18 lagu untuk peminat dalam konsert mereka nanti.

 

“Semua kami bersemangat dan tak sabar sebab hampir dua tahun kami tak bersua muka dengan penyokong. Dan ini kali pertama kami boleh buat persembahan dengan kehadiran penonton selepas dua tahun.

“Bagaimanapun kami pernah sekali dua terbabit mengadakan konsert secara maya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu,” katanya.

Persembahan Masdo pada 13 November akan berlangsung pada jam 9 malam, manakala pada 14 November pula pada jam 4 petang.

Tiket untuk menonton berharga dari RM50 hingga RM150.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat