Analisis: Zahid Hamidi Mengemudi UMNO Memenuhi Titah Tuanku

- Advertisement -

KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam tadi untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan dalam masa yang sama, menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional (IRN) atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan – dalam banyak hal, tidaklah mengejutkan.

Tidak mengejutkan dari segi, ketika Datuk Seri Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar mengadakan gencatan politik minggu lepas, beliau telah pun mengumumkan UMNO akan terus menyokong kerajaan PN.

Apa sekalipun, hasil mesyuarat malam tadi mendapat reaksi positif banyak pihak hari ini kerana selain meredakan ketegangan politik dalam negara, ia turut selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung kelmarin, dimana Baginda mengingatkan ahli-ahli politik supaya memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Dari sudut itu sahaja, Zahid telah berjaya membawa UMNO ke arah yang betul.

Mungkin yang kelihatan baru dari keputusan semalam ialah saranan untuk mengadakan rekonsilasi nasional yang turut melibatkan parti-parti pembangkang. Itupun kalau tidak salah, ia tidak jauh berbeza dengan cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan semua Ahli Parlimen UMNO di PWTC petang semalam.

Najib dalam kenyataannya semalam antara lain berkata, “UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah”.

Keputusan MT malam tadi bagaimanapun mengubah sedikit skop cadangan Najib dengan menyarankan agar isu berkaitan Rekonsilasi Nasional dengan parti-parti pembangkang ini dijalankan oleh kerajaan PN, bukan UMNO.

Menurut beberapa pandangan, saranan rekonsilasi nasional ini adalah terhad kepada memastikan bajet 2021 yang bakal dibentangkan kerajaan dalam sesi parlimen bulan depan, mendapat sokongan semua ahli parlimen bagi memastikan perang melawan wabak Covid-19 sekarang, berjalan lancar.

UMNO tegas dengan pendirian menolak sebarang kerjasama dengan parti Anwar dan DAP – seterusnya menjadikan parti itu sebagai satu-satunya parti politik utama di negara ini yang masih kekal tidak pernah bekerjasama dengan kedua-dua entiti politik tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat