Negara Dilanda Krisis, UMNO Datang Sebagai Penyelamat :Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Raffi, menyifatkan UMNO sebuah parti penyelamat apabila negara dilanda krisis sejak pasca PRU-14 lepas.

Memberi contoh, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika meletakkan jawatan pada awal tahun ini, dan tidak berlaku Pilihan Raya Umum, UMNO ketika itu datang sebagai penyelamat dengan memberi sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin.

“Apabila cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditolak oleh Majlis Raja-Raja, tidak pernah terjadi dalam sejarah cadangan ditolak,

“Bila mana kerajaan berada di hujung tanduk, UMNO mengambil ketetapan untuk terus bersama mendahulukan kepentingan rakyat,” jelas beliau dilaman facebooknya.

Razlan berkata UMNO bertindak menjaga kepentingan Raja-Raja Melayu dan keselamatan , kesihatan serta ekonomi dengan kolektif mengekalkan sokongan kepada kerajaan PN.

“Inilah parti Keramat, bercelaru permainan politik macam mana pun,

“Sekiranya datang persimpangan, UMNO akan terus mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat