Usah langgar syarat lesen – FINAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengingatkan pemegang lesen pengedaran filem menghentikan kegiatan pengedaran filem merangkumi aktiviti menjual, menyewa dan memberi pinjam melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang.

Ini membabitkan urusan jual beli dan sewaan atas talian tanpa lesen pengedaran yang sah selain melakukan pelanggaran hak cipta dan syarat lesen yang ditetapkan.

FINAS dalam kenyataan menyebut, pihaknya bertegas dalam membanteras aktiviti pengedaran filem yang tidak mematuhi undang-undang melalui penubuhan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak.

“Langkah ini diambil untuk memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran selaras dengan peruntukan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244),” katanya.

Kenyataan itu menambah, FINAS juga melaksanakan pemantauan terperinci terhadap aduan awam yang diterima mengenai kegiatan pengedaran filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

“FINAS komited mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam kegiatan pengedaran yang menyalahi undang-undang berdasarkan Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 25(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, FINAS masih bersifat terbuka dan menyambut baik hasrat bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan dalam membanteras aktiviti pengedaran filem tanpa lesen yang sah daripada FINAS serta tidak mematuhi undang-undang.

“Sebarang maklumat dan aduan berkaitan boleh diajukan melalui emel [email protected],” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat