Deen Maidin serius berniaga

Kementerian Jumpa Pengurusan Zoo Negara Esok Bincang Pengukuhan Operasi

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini...

PKPB Di Sabah Mungkin Dilanjutkan

KOTA KINABALU - Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadual tamat 6 Disember ini mungkin...

Malaysia Tinjau Keberkesanan Vaksin Covid-19 Di UK

PUTRAJAYA - Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan...

Aktiviti dan Operasi Koperasi Turut Terkesan Dengan Pandemik Covid – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Gerakan koperasi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM45.7 bilion sehingga 31 Dis, 2019, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr...

UMNO Berhak Guna Logo BN, Yang Penting Tiada Pertembungan – PAS

KOTA BHARU - Pas bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan...

USIA bukan halangan buat pelakon berbadan tegap Deen Maidin untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Selain lakonan, Deen, 55 atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang sinonim dengan watak Detektif Lingam dalam drama bersiri Gerak Khas juga aktif berniaga.

Jika sebelumnya sebagai mengisi masa bagi mencari pendapatan tambahan, Deen kini serius menceburi bidang perniagaan apabila membuka gerai makan dinamakan Dapur Gerak Khas yang beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang, sejak 19 September lalu.

“Dapur Gerak Khas menyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain. Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki. Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.

“Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Deen yang bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupunya berkata, perniagaan bukanlah asing buatnya.

 

DEEN di depan gerainya.
DEEN di depan gerainya.

 

 

DEEN di depan gerainya.
DEEN di depan gerainya.

 

“Sebelum bekerja dalam industri filem, saya berniaga yong tau foo dengan bapa di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak dan Kajang. Di Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak iaitu Umar Farouq, 30, Umeir Fazeel, 25, dan Umairah Fairuz, 20.

“Umar kerja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir belajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia berniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar secara dalam talian. Manakala Umairah Fairuz, belajar kulinari dan dia masak kuih dan sebagainya,” katanya.

Mengulas penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen yang berkahwin dengan Haslina Laili dan kini mempunyai seorang cucu, Luthfia Nur Medina berkata, dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam.

“Saya selalu berinteraksi dengan Yusof dan dia cuma pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas besar namanya. Saya buat lemang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu. Bila dia kata sedap, barulah saya jual. Saya kena sentiasa jaga kualiti kerana sekarang orang boleh tularkan nama kita pada bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sibuk berniaga, Deen tetap akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada kerana lakonan sudah sebati dengan jiwanya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Dulu Sesak Dan Meriah, Koh Samui Kini Ibarat ‘Ghost Town’ Tanpa Kehadiran Pelancong

Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong. Kini, segalanya berubah selepas penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sunyi sepi tanpa...

Vivo Malaysia Lancarkan Siri V20 Memfokuskan Kamera Swafoto 44-Megapixel ‘Eye Autofocus’

Siri V daripada merupakan sebuah siri yang memfokuskan kepada kreativiti serta kemampuan kamera. Siri ini menjadi pilihan khusus buat mereka yang mahukan yang terbaik...

Dah penat tanya Ziana…

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti. Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan....