‘Ini saham akhirat saya’

- Advertisement -

JARANG berlaku seorang rocker dilantik menjadi duta sebuah pusat pengajian Islam.

Bagaimanapun ia bukan perkara mustahil apabila penyanyi XPDC, Ali dilantik sebagai duta Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Dia berperanan mencari dana bagi membantu pembangunan madrasah yang beroperasi sejak Julai 2011 itu.

Ali, 52, terharu dengan pelantikan ini dan mengakui menggalas satu tanggungjawab berat.

“Ini adalah saham akhirat saya dan rasanya semua orang ada impian berbuat demikian. Ia adalah ketentuan Allah. Tempatnya pula di kampung saya sendiri, jadi saya mahu menabur bakti bersama penduduk di sini membangunkan Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah. Justeru saya kena pastikan sentiasa jaga keterampilan agar tidak mencemarkan nama Al- Muqwa. Juga kena selalu berhati-hati dan tak boleh huru-hara,” katanya.

Selain itu, pentadbir Al-Muqwa memerlukan wang bagi menampung kos operasi keseluruhan berjumlah RM86,000 sebulan.

Mereka yang menyewa tanah pihak lain turut berhasrat memiliki tanah dan bangunan.

Ali yang semakin pulih daripada melecur akibat kebakaran dialami pada Mac lalu sedang memikirkan cara yang sesuai untuk membantu.

 

BERSAMA pengetua dan pentadbir serta pelajar Al-Muqwa.
BERSAMA pengetua dan pentadbir serta pelajar Al-Muqwa.

 

“Segala-galanya masih dalam perancangan. Sasaran itu memang ada, namun kita mampu merancang tapi perancangan yang terbaik datangnya daripada Allah SWT. Sebagai duta saya akan terima gaji seperti seorang amil. Ada kerja adalah gaji. Bahagian saya tetap ada. Tapi saya bukan kejar yang itu. Saya nak bantu madrasah ini kerana dulu saya tinggal di luar iaitu Kuala Lumpur dan kurang arif mengenai Al-Muqwa.

“Apabila berpindah balik kampung, baharu saya tahu kewujudannya. Pernah satu ketika dulu, bekalan makanan di sini terputus. Pelajar-pelajar terpaksa makan nasi yang sudah basi. Ia memilukan dan kisah ini pernah tular dulu,” katanya.

Ali berkata, dia bersyukur kerana kesan daripada kisah tular terbabit, makanan di situ tidak putus-putus.

“Cuma yang nak dicari ialah keperluan pembayaran gaji tenaga pengajar serta kos-kos lain. Insya-Allah saya merancang untuk menyumbang sedikit wang dari persembahan XPDC untuk madrasah ini. Saya akan bincangkan perkara ini dengan anggota lain. Ia perkara baik dan saham akhirat. Bila lagi kita nak buat kebaikan,” katanya.

 

ALI bersama Anjang Terra Rossa (kanan) yang turut hadir memberikan sokongan terhadapnya.
ALI bersama Anjang Terra Rossa (kanan) yang turut hadir memberikan sokongan terhadapnya.

 

Bercerita berkenaan XPDC, Ali berkata, mereka akan beraksi di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor pada Disember ini.

“Alhamdulillah kami dijemput beraksi oleh pemilik tempat ini sendiri dan bukan meniru mana-mana pihak. Kami dapat kerjasama dengan beberapa penaja yang agak kuat dan TM untuk ‘live streaming’. Persembahan dijadualkan untuk dua malam. Tiket untuk menonton juga dijual tapi bilangannya amat terhad kerana perlu ikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya yang akan membuat pengumuman lanjut selepas ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat