10,000 Anggota Polis Dikuarantin -Hamzah Zainudin

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

Jari tengah : Speaker nak tengok video jelas

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyatakan kesediaan melihat bukti video pembangkang berkenaan kontroversi isyarat jari tengah. Beliau berkata, hal demikian...

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin manakala sekurang-kurangnya 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata kadar jangkitan terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tinggi telah membantutkan keupayaan serta kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Beliau berkata pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah kepada wabak COVID-19 kerana mereka berada paling hampir dengan rakyat, yang belum dipastikan tahap jangkitan.

“Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan dan ramai petugas barisan hadapan telah terdedah dengan risiko jangkitan wabak tersebut.

“Walaupun mereka (polis) memakai pelitup muka, penugasan anggota polis memerlukan mereka berkomunikasi secara dekat dengan rakyat. Penjarakan sosial tidak dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata terdapat juga anggota yang ditugaskan membantu pihak imigresen untuk menghalang pencerobohan masuk pendatang tanpa izin.

“Menerusi Op Benteng antara 1 Mei hingga 18 Okt, pasukan keselamatan telah menahan 497 pendatang tanpa izin dan 28 tekong yang cuba memasuki dan keluar negara melalui Sarawak,” katanya sambil mengakui bahawa sumber dan kekuatan polis telah digunakan pada tahap maksimum.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan bersama-sama melawan wabak ini seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau penghargaan tertinggi harus diberikan kepada PDRM kerana semenjak penularan wabak itu, ramai dalam kalangan anggota polis yang telah berjuang tanpa menghiraukan penat lelah.

“Ramai juga antara mereka yang masih belum pernah berehat atau meluangkan waktu bersama keluarga. Kita sedang ketandusan masa dan sekarang bukan waktu untuk berpolitik atau melobi sokongan terhadap individu tertentu menjadi Perdana Menteri,” katanya.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan