ADUN DAP Disiasat, Muatnaik Status Hina Agong

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook (FB) kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu ialah pemilik akaun FB Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, sehingga semalam, seorang lelaki berusia 52 tahun sudah ditahan di Cheras dan peralatan digunakan untuk memuat naik kenyataan jelek dirampas.

“Pada 21 Oktober lalu, satu siasatan sudah dimulakan ke atas kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun FB itu tertulis “Now in Bangkok, they are saying no to the king (Kini di Bangkok mereka katakan tidak kepada Raja).”

“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan merakam keterangan saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya juga menyiasat pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA, selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

“Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA.

“Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya yang memberitahu semua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada raja dan negara’ bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat