Tiada Kertas Siasatan Dibuka Tuduhan Curi Duit TH – Ahmad Marzuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri duit Tabung Haji (TH),” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau juga memaklumkan bahawa siasatan ke atas bekas pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim juga tidak dilakukan.

“Setakat ini tidak ada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri duit Tabung Haji.

“Ini termasuklah ke atas YB Baling (Azeez) yang sering kedengaran,” kata Ahmad Marzuk.

Pun begitu beliau menegaskan, bagi memelihara keyakinan pelabur dan pendeposit kerajaan setuju mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan sebarang syor penambahbaikan termasuklah cadangan jaminan kerajaan ke atas sukuk ini akan dipertimbangkan berdasarkan kepada dapatan RCI tersebut.

“Ini adalah antara kerosakan yang perlu diperbetulkan pada hari ini yang dibuat pada masa yang lalu,” ujar beliau di Parlimen pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat