Malaysia tarik pelaburan RM107.5 bilion 6 bulan pertama 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menarik pelaburan sebanyak RM107.5 bilion merangkumi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah itu menunjukkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding RM63.3 bilion bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Daripada jumlah pelaburan ini, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 58.1 peratus atau RM62.5 bilion berbanding RM19.8 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2020.

“Pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang sebanyak 41.9 peratus atau RM45.1 bilion. Pelaburan ini membabitkan 2,110 projek dan dijangka mewujudkan hampir 45,000 peluang pekerjaan baharu,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta kerajaan menyatakan rancangan strategik untuk terus menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca COVID-19.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat