Suami lengkap dos vaksin boleh teman isteri di bilik bersalin – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membenarkan bapa yang lengkap divaksinasi dan memperoleh keputusan negatif ujian COVID-19 untuk menemani isteri dalam bilik bersalin.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh beliau menerusi ciapan Twitter pada Isnin.

“Saya telah minta @DGHisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya.

Khairy menjawab ciapan Twitter akaun seorang individu yang memintanya bagi mempertimbangkan agar membenarkan suami yang lengkap divaksin untuk menemani isteri di bilik bersalah dan menawarkan ujian saringan COVID-19 untuk memastikan bebas daripada virus tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat