RMK12: Kerajaan akan bina Institut Penyakit Berjangkit Malaysia pada tahun hadapan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah Institut Penyakit Berjangkit Malaysia akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun depan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob .

Ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata penubuhan institut itu bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit.

“Kerajaan kekal komited bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat sihat dan produktif. Sehubungan itu, kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, dan dasar kesihatan negara akan dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.

“Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara juga sedang dimuktamadkan bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri. Pelan ini membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.

“Di samping itu, Institut Penyakit Berjangkit Malaysia juga akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022.

“Penubuhan institut ini bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat