Meski tukar kerajaan sekali pun, RMK-12 wajar diteruskan – Alexander Nanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diharap akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar supaya segala usaha dapat dijayakan sepenuhnya demi kepentingan rakyat,” kata Datuk

Beliau yang juga Setiausaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan positif terhadap pembentangan RMKe-12 dimana ia turut memberi fokus kepada rakyat di Sabah dan Sarawak termasuk kaum-kaum yang lain.

Alexander berkata, pembentangan itu menunjukkan kaum di Sabah dan Sarawak tidak tercicir dan akan menikmati pembangunan sama seperti apa yang diusahakan di semenanjung.

“Bukan sahaja kita menghendaki pembangunan pesat sebagai asas, tetapi kita juga perlu ada pendapatan tinggi dan peluang-peluang untuk kita mendapat pendapatan, kita boleh mengambil bahagian dalam program-program keusahawanan dan sebagainya.

“Jadi kita alu-alukan dan disebut juga beberapa kali dengan jelas, bukan sahaja dikatakan kaum-kaum di Sarawak dan Sabah tetapi juga disebut kaum-kaum tertentu, Inilah yang kita nanti-nantikan dan kita telah mendengar, jadi kesemua ini adalah perancangan yang mesti diterima baik,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, pada Isnin.

“Kerajaan ini adalah hanya satu tahun lebih sebelum tiba masanya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), jadi ini rancangan Malaysia selama lima tahun dan kita berharap kerajaan ini kekal ataupun kalau ada kerajaan lain, perancangan RMKe-12 ini perlu diteruskan lagi, dari segi implementasinya perlu kurangkan kerenah birokrasi yang boleh mengekang kejayaan sepenuhnya, itu yang sangat diharapkan.

“Bukan sahaja di Sarawak, tetapi di selurhn negara supaya apa yang terbaik dibentangkan kepada hari ini RMK-12 boleh betul-betul menjadi kenyataan dan berjaya tingkatkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat