Polis Buka Siasatan Kes Kereta VIP Didakwa Langgar Peraturan Jalan Raya

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis membuka siasatan mengenai sebuah kenderaan Toyota Alphard disyaki membawa seorang kenamaan (VIP) yang melanggar peraturan jalan yang klip video kejadian tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Supeintenden Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.

“Saya mengesahkan pihak polis Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain,” kata beliau kepada media, hari ini.

Menurut beliau, menerusi video tersebut, kenderaan berkenaan memotong kenderaan di hadapannya di garisan berkembar walaupun terdapat sebuah lori dari arah bertentangan. Kejadian itu juga berlaku ketika jalan tersebut sesak.

Katanya, mengikut semakan, pelanggaran peraturan itu berlaku di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu baru-bar ini.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 38 saat itu yang turut didengari rungutan seorang lelaki yang menyebut beberapa kali perkataan `bodoh’, `bengong’ dan `menteri’ berhubung tindakan kereta mewah tersebut. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat