Liyana tak sangka menteri datang pantau

- Advertisement -

PETALING JAYA: Gembira atas keprihatinan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melihat sendiri kerja anak seni di lokasi penggambaran, Liyana Jasmay lebih bersemangat meneruskan ‘shooting’ projek supertele Cikgu VS Hantu terbitan syarikatnya, Mermaid Studios.

Liyana tidak menyangka Annuar meninjau aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi penggambaran supertele itu di Dewan Sri Temuan, Damansara Perdana, di sini, kelmarin.

Pada lawatan itu, Annuar diiringi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Saya memaklumkan Ahmad Idham bahawa saya memulakan penggambaran supertele Cikgu VS Hantu yang diberi geran FINAS hari ini (kelmarin).

“Jadi, saya mengajak beliau melihat kami menjalankan kerja penggambaran. Tidak sangka pula Annuar sudi hadir ke set penggambaran yang serba sederhana ini.

 

Liyana (tengah) menerangkan aspek SOP yang dilaksanakan dalam penggambaran supertele Cikgu VS Hantu kepada Annuar. Foto NSTP Mohd Yusni Ariffin
Liyana (tengah) menerangkan aspek SOP yang dilaksanakan dalam penggambaran supertele Cikgu VS Hantu kepada Annuar. Foto NSTP Mohd Yusni Ariffin

 

“Saya sangat gembira beliau hadir pada hari pertama penggambaran ini,” katanya kepada BH Online.

Liyana berkata, projek supertele itu adalah yang pertama baginya selepas beberapa bulan tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sebelum ini, saya merakamkan travelog, April lalu. Cikgu VS Hantu adalah naskhah pertama Mermaid Studios selepas beberapa bulan tidak beroperasi,” katanya.

Berkongsi mengenai SOP penggambaran ditetapkan MKN, Liyana berkata, dia tidak keberatan mematuhi syarat dikenakan asalkan dapat memastikan kru dan pelakon bekerja dalam suasana selamat.

“Bagi saya, kita kena lihat SOP ini dari sudut yang baik. Kalau kita terlalu jumud, kita takkan bergerak ke depan dan tidak boleh bekerja.

“Jadi, kita lihat dari sudut positif. Sekarang kita dibenarkan bekerja. Kita cuba sebaik-baiknya untuk mematuhi SOP.

“Kita perlu tahu bagaimana hendak bekerja dengan cara yang lebih selamat. Pada masa sama, kawal semua orang di set penggambaran agar selamat daripada jangkitan.

“Saya mengaku pada awalnya memang sukar. Namun, kita kena teruskan. Seperti penggambaran supertele ini, saya lapang dada sebab ia hanya membabitkan dua lokasi yang luas,” katanya.

Supertele komedi seram yang diarah Liyana dibintangi oleh Juliana Evans, Afdlin Shauki dan Khir Rahman.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat