Pelabur Asing ‘Lari’ Bukan Sebab Malaysia Tak Kondusif Tapi Rasionalisasi Syarikat Itu,” Kata Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali ‘memperbetul’ persepsi berhubung tindakan
syarikat-syarikat asing yang menarik keluar pelaburan mereka dari negara ini bukan berpunca daripada persekitaran Malaysia yang tidak kondusif.

Azmin sebaliknya berkata, faktor yang mendorong mereka melakukan perkara itu adakan berikutan rasionalisasi perniagaan sesebuah syarikat.

Menegaskan situasi itu, Azmin memaklumkan bahawa Malaysia sebenarnya masih lagi kekal kompetitif dan berdaya saing dalam menarik pelaburan-pelaburan ke dalam negara.

“Cuma yang harus kita ingat tindakan syarikat-syarikat ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada faktor rasionalisasi perniagaan syarikat dan bukannya berpunca daripada persekitaran pelaburan negara yang tidak kondusif.

“Pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan syarikat-syarikat untuk memilih destinasi antaranya kos buruh yang rendah dan saiz pasaran domestik,” katanya bagi menjawab soalan tambahan (DAP-Fong Kui Lun) di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Terdahulu, Kui Lun meminta kerajaan menjelaskan adakah pelabur asing yang telah menarik pelaburan dari Malaysia sewaktu pandemik COVID-19 akan kembali ke negara untuk melabur seperti sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azmin turut berkata, kedudukan Malaysia meningkat dua anak tangga jika dibandingkan pada tahun 2020, sekali gus ia merupakan suatu perkembangan positif dimana keyakinan pelabur-pelabur asing masih bersama dengan Malaysia.

Berikutan itu, jelas Azmin lagi, kerajaan akan terus mempergiat usaha untuk menarik para pelabur untuk masuk ke negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,579FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat