Presiden UMNO sudah keluar hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan kerana sakit belakang.

Perkara itu dimaklumkannya sendiri dalam satu hantaran di Facebooknya.

Zahid yang memberitahu bahawa beliau dibenarkan keluar semalam.

“Syukur alhamdulillah dengan izin dan inayah-Nya saya telah dibenarkan discaj oleh pihak hospital semalam.

“Terima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga serta merawat dengan begitu baik dan mesra.

Terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar tentang diri saya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada yang tidak jemu memanjatkan doa untuk kesihatan saya.Termasuk seluruh ahli Umno dan rakan-rakan media sosial saya,” tulis Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Facebooknya.

Pada 25 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di Shah Alam melapangkan perbicaraan kes Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan mengekalkan 1 September untuk sambung bicara.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Zahid.

Dalam hantaran itu juga, Zahid mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan parti yang menziarahinya.

“Terima kasih kepada mereka yang berkesempatan sudi menziarahi saya sepanjang berada di hospital. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kesibukan meluangkan masa menziarahi saya.

“Saya turut merasa amat terharu menerima jambangan bunga dan kad ucapan kiriman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” ujar Zahid.

Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat