Annuar berbesar hati terajui KKMM ikrar Keluarga Malaysia peroleh manfaat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Annuar, menyedari bahawa KKMM mempunyai peranan yang sangat penting, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, keperluan pemerkasaan sektor digital di samping pembelaan kehidupan rakyat.

” Saya komited untuk merangka hala tuju KKMM supaya lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara supaya seluruh Keluarga Malaysia memperolehi manfaatnya.

“InsyaAllah, saya akan berusaha sedaya upaya bagi memikul tugas dan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Dalam pada itu, Annuar juga berharap akan mendapat kerjasama penuh daripada seluruh saf pegawai dan keluarga KKMM serta agensi-agensi di bawahnya.

” Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan kita dapat bekerjasama dalam satu saf yang tersusun dibawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri yang memilih saya menganggotai Kabinet beliau.

” Kepercayaan dan amanah yang diberikan ini adalah satu penghormatan yang amat besar buat diri saya, rakyat di Parlimen Ketereh dan juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang saya wakili,” ujarnya.

Ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Annuar menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang kini diisi Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat