“Assalamualaikum” tanda KJ kembali in-charge PPV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang penerima vaksin dihalang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat rakaman ‘scene’ dapat suntikan vaksin di sebuah PPV.

Dalam rakaman berkenaan seorang pemuda dihalang petugas kesihatan berkenaan gara-gara Menteri Penyelaras Vaksin Kebangsan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah letak jawatan.

“Tak boleh rakam KJ dah letak jawatan, KKM punya prosedur tak boleh merakam,” kata petugas kesihatan berkenaan sambil menutup kamera telefon penerima vaksin berkenaan.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menamakan Khairy sebagai Menteri Kesihatan.

Tidak lama selepas pengumuman itu, Khairy dengan spontan telah memberi salam kepada hantaran berkenaan.

Ucapan ringkas “Assalamualaikum” daripada Khairy menandakan bahawa beliau sudah mengambil maklum aduan berkenaan membuatkan warganet terhibur malah ada yang membangkitkan tindakan tatatertib yang bakal dihadapi petugas kesihatan yang menghalang rakaman itu dibuat.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat