Perang Jawatan TPM, Tanpa Pemenang?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konflik perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi Kabinet Keluarga Malaysia nampaknya berakhir tanpa pemenang, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengosongkan posisi orang nombor dua itu.

Dalam pengumuman barisan Kabinet baru yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi, Ismail Sabri tidak memasukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam senarai Jemaah Menteri.

Sebelum ini media sibuk melaporkan jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi rebutan di kalangan pimpinan tertinggi parti Bersatu iaitu antara Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan juga Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof.

Pun begitu jawatan paling kontroversi itu tidak diisi oleh mana-mana calon.

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan Azmin kekal dalam Jemaah Menteri dengan menyandang jawatan lamanya sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Hamzah juga dikekalkan jawatannya sebelum ini iaitu Menteri Dalam Negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat