KJ Dan Adham Bertukar Portfolio, Faizal Azumu Jadi Menteri Belia Dan Sukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini pernah diiktiraf pembangkang di Parlimen sebagai menteri paling ‘perform’ ketika menjawat jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini bertukar portfolio kepada Menteri Kesihatan.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Ahli Parlimen Rembau itu dipilih sebagai Menteri Kesihatan mengisi senarai Kabinet Keluarga Malaysia.

Penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Seri Dr Adham Baba pula berganti portfolio dengan Khairy sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, figura yang menjadi tumpuan ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara muka baharu dilantik dalam barisan anggota Kabinet.

Timbalan Presiden Bersatu itu yang juga bekas Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,554FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat