Kabinet diberi tempoh 100 hari buktikan kemampuan – Perdana Menteri

- Advertisement -

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi tempoh 100 hari kepada semua anggota kabinetnya membuktikan kemampuan mereka dalam menjalankan matlamat jangka pendek dan merangka matlamat jangka panjang.

Dalam ucapan pengumuman kabinet tersebut, Ismail Sabri menegaskan kabinet beliau akan berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” ucap Ismail Sabri pagi tadi.

Dalam ucapan tersebut Ismail turut mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara hari ini dan berharap semua pihak dapat bekerjasama memulihkan negara ini.

“Kita masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Pun begitu, saya yakin dan percaya bahawa tidak
ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hamba-Nya melebihi
kemampuan.”

Berikut senarai kabinet baharu:

  1. Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
    Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong
  2. Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
    YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz
  3. Menteri Kewangan
    YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
    Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
    Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
  4. Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
    YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup
  5. Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
    YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
    Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
    Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
  6. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
    YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith
  7. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
    YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
    Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd
    Yazid
  8. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
    YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
    Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
  9. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    YB Senator Tuan Idris Ahmad
    Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
  10. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
    YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
    Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
  11. Menteri Pengangkutan
    YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong
  12. Menteri Alam Sekitar
    YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman
  13. Menteri Sumber Manusia
    YB Datuk Seri Saravanan Murugan
    Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim
  14. Menteri Wilayah Persekutuan
    YB Datuk Seri Shahidan Kassim
    Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
  15. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    YB Datuk Seri Rina Harun
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
  16. Menteri Pengajian Tinggi
    YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
    Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal
    Muhammad
  17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli
    YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
    Timbalan Menteri
    YB Datuk Ali Anak Biju
  18. Menteri Dalam Negeri
    YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
    Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
    Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
  19. Menteri Kesihatan
    YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
    Timabalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
    Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
  20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan
    YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
    Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
    Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
  21. Menteri Pembangunan Luar Bandar
    YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
    Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
    Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
  22. Menteri Luar Negeri
    YB Dato’ Saifuddin Abdullah
    Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
  23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    YB Datuk Alexander Nanta Linggi
    Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid
  24. Menteri Komunikasi Dan Multimedia
    YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
    Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
  25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
    Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
  26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
    YB Datuk Seri Dr Adham Baba
    Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
  27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi                                                     YB Tan Sri Noh Haji Omar
    Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
  28. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
    YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
    Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
    Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
  29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
    YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
    Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar
    Ramanaidu
  30. Menteri Perpaduan Negara
    YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
    Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan
    Ahmad Kamal
  31. Menteri Belia dan Sukan
    YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
    Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat