Pembentukan Kabinet PM Ismail Sabri Diumum Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pada Khamis.

Ia selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Khamis bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu.

Kenyataan itu menyebut majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula berlangsung Isnin ini jam 2.30 petang.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam 30 minit bermula 11 pagi.

Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 lalu.

Menurut kenyataan itu, sesi menghadap tersebut adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat