PM Ucap Selamat Ulang Tahun, Lahir Penghargaan Kepada Wanita UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan penghargaan kepeda Pergerakan Wanita UMNO yang menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-72 hari ini.

Memetik laporan Kosmo, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau tidak dapat membayangkan keadaan parti tanpa Wanita UMNO.

“Tertulis dalam sejarah tentang pengorbanan pelopor pergerakan ini bergolok bergadai menuntut kemerdekaan dan perjuangan itu diteruskan sehingga ke hari ini.

“Tanpa Wanita UMNO, tidak mungkin parti teguh membela bangsa dan rakyat. Tanpanya juga, mana mungkin negara mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan kerana wanitalah tulang belakang perjuangan,” katanya.

Ujar beliau lagi, tidak sedikit harta benda, keringat dan air mata yang tumpah bukan hanya untuk wanita, bahkan demi sebuah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wanita UMNO Ke-72! Jasamu akan terus dikenang dan disanjung sepanjang zaman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat