Bagai Sireh Pulang Ke Gagang, Hishammuddin Kembali Ke Kementerian Pertahanan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik beliau sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Ujarnya, beliau amat berbangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat besar jasanya kepada negara.

“Kepercayaan PM Ismail Sabri Yaakob untuk saya kembali menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia amat dihargai.

”Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM yang sangat besar jasanya kepada negara. InsyaAllah, will do my utmost best. Saya akan pikul amanah ini sebaiknya.” Katanya melalui catatan Facebooknya.

Hishammuddin pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan 16 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2018 ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Pertahanan di bawah pentadbiran Ismail Sabri bagai ‘sireh pulang ke gagang’ ke Kementerian tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan pelantikan Jemaah Menteri yang baharu dan Majlis Mengangkat Sumpah  akan diadakan dihadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin, 30 Ogos 2021. -SuaraTV

📸 – Kem Perdana, Sungai Besi | 2017

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat