Kabinet Keluarga Malaysia komited pulihkan negara – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Kabinet Keluarga Malaysia yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi tempoh 100 hari pertama bagi membuktikan kemampuan.

Kabinet pimpinan Ismail Sabri berorientasikan hasil yang telah dipilih daripada mereka yang berkaliber dan berpengalaman untuk menerajui pemulihan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri beliau dan Kabinetnya komited untuk memastikan negara berjaya dan akan menjalin kerjasama rentas parti dalam memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau barisan Kabinet ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bakal angkat sumpah jawatan pada 30 Ogos 2021, jam 2.30 petang di Istana Negara.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan para Menteri dan Timbalan Menteri.

Justeru ujarnya, setiap kementerian yang dipimpin perlu membuat perancangan dan mencapai sasaran yang telah dipertanggungjawabkan.

“Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia.

” Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri. Pesan saya hanya satu -jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.

” Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan Kabinet ini,” ujar beliau.

Ismail Sabri menambah, barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang berkebolehan dan akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

” Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa yang meletakkan kepentingan dan keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya,” ujar Ismail Sabri dalam ucapan pembentukan Kabinet pada Jumaat.

Susulan itu tegas beliau, justeru kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini.

Katanya, kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), Ismail Sabri berkata, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.

“Sehubungan itu, barisan Kabinet ini telah dipilih daripada mereka yang berkaliber dan berpengalaman untuk menerajui pemulihan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

” Bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan amanah dan mengembalikan semula keyakinan rakyat.

” Sesungguhnya, barisan Kabinet ini saya yakin mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil melalui pendekatan baharu yang bersifat terbuka dan berupaya menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia,” beritahu beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengakui kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara.

“Dalam usaha negara mengurus dan menangani pandemik COVID-19 dengan cekap, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan anggota Kabinet yang memimpin kementerian, adalah mereka yang amanah dan berwibawa.

“Kabinet ini akan bekerja bersama rakyat dan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

“Sehubungan itu, barisan Kabinet dan kementerian perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.

“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi nafas dan keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” katanya.

SENARAI KABINET KELUARGA MALAYSIA

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Binti Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat