FINAS sambut baik pelantikan Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyambut baik pelantikan Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia baharu.

Annuar menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), manakala timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, dia sangat berharap KKMM dan FINAS dapat menjalinkan kerjasama yang baik demi kepentingan penggiat industri seni kreatif.

“FINAS menyambut baik pelantikan menteri KKMM yang baharu. Saya mengikuti perkembangan beliau ketika menerajui tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau adalah menteri yang bekerja keras dan menjalankan tugas dengan baik serta mementingkan hasil.

“Justeru, beliau sangat diperlukan untuk pembangunan industri seni kreatif. Kami berharap dapat mewujudkan sinergi pekerjaan dinamik dan harmoni menerusi usaha yang sudah disusun oleh FINAS bersama KKMM sebelum ini.

“Disebabkan sekarang penggiat seni dalam keadaan terdesak, jadi kita memerlukan usaha yang turut mendesak,” katanya kepada BH Online.

 

Ahmad Idham berharap dapat mewujudkan sinergi pekerjaan dinamik dan harmoni menerusi usaha yang sudah disusun oleh FINAS bersama KKMM.
Ahmad Idham berharap dapat mewujudkan sinergi pekerjaan dinamik dan harmoni menerusi usaha yang sudah disusun oleh FINAS bersama KKMM.

 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat