Cinta tanah airku

- Advertisement -

SEMANGAT cintakan tanah air tidak sesekali akan luntur walaupun wabak Covid-19 masih melanda negara.

Malah, ujian sebegini seharusnya merapatkan ukhuwah dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Bagi terus membangkitkan rasa itu, TV AlHijrah mengajak seluruh lapisan masyarakat untuk menonton siaran rancangan istimewa sepanjang Kempen Merdeka berlangsung bermula 23 Ogos lalu hingga 16 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, semua rancangan Kempen Merdeka itu memupuk semangat cintakan negara serta menterjemahkan solidariti dan perpaduan.

Antara hidangan rancangannya adalah Pusaka Kita Maruah Kita, Malaysia #QuranHour, Ulama Kemerdekaan, Jauhari Merdeka, E-Kaunter Netizen Istimewa Merdeka, La Tahzan Istimewa Merdeka dan Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia.

“Pusaka Kita Maruah Kita adalah sebuah program dokumentari yang disiarkan selama 13 episod pada setiap Rabu, jam 9 malam. Dokumentari ini diterbitkan dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta diarahkan Areel Abu Bakar, pengarah berbakat yang pernah memenangi Anugerah Daniel A Craft Festival Filem Asia New York. Beliau juga adalah pengarah bagi filem Geran yang ditayangkan di TV AlHijrah tahun lalu.

“Bagi pencinta seni bela diri silat perlu menonton dokumentari ini kerana selain mengangkat nilai budaya beracuankan tradisi, mereka juga berpeluang untuk mengenali 13 jenis silat Melayu, 13 senjata orang Melayu serta 13 tokoh orang lama dalam ilmu persilatan Melayu,” katanya.

Menurut Namanzee, TV AlHijrah turut menyiarkan Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini, jam 12 tengah hari bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

“Selama satu jam siaran, agenda berinteraksi dengan al-Quran membawakan formula bagi menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi daripada Ilahi melalui surah al-Mulk dan tujuh Surah Musabbihat.

 

 

“Jika mahu mengetahui mengenai biografi tokoh agamawan Melayu, boleh saksikan Ulama Kemerdekaan yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 7.25 malam,” katanya.

Selain berkongsi mengenai biografi 13 ulama Melayu seperti Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Kiyai Haji Salleh, Tuan Guru Haji Zainal Abidin dan ramai lagi, kapsul infografik ini turut memaparkan kisah peranan mereka dalam menyebarkan dogma Islam dan perjuangan memerdekakan Malaya.

“Dokumentari Jauhari Merdeka sedikit berbeza. Jika rancangan Ulama Kemerdekaan disiarkan dengan penampilan 13 tokoh ulama Melayu, rancangan Jauhari Merdeka pula memberi fokus kepada kisah perjuangan Sheikh Abdullah Fahim.

 

 

“Selain keunggulannya dalam bidang falak, nama beliau juga tercatit dalam lipatan sejarah sebagai figura yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rancangan ini bersiaran pada 31 Ogos ini, jam 5 petang,” katanya.

Seterusnya, tiga program sedia ada yang digemari penonton akan menyiarkan episod istimewa merdeka iaitu E-Kaunter Netizen Merdeka, La Tahzan Istimewa Merdeka dan Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia.

E-Kaunter Netizen Merdeka disiarkan pada 31 Ogos ini, 7.30 malam. Syamsul Debat sebagai hos akan bersama-sama dengan Datuk Ziela Jalil, Anne Abdullah dan Liza Abdullah dalam berkongsi rasa dan erti kemerdekaan.

 

 

La Tahzan Istimewa Merdeka bersama Abby Fana dan Faizal Ismail akan membincangkan tajuk Merdekakah Kita tepat jam 9 malam pada 31 Ogos ini.

Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia siaran 31 Ogos ini dan 16 September depan, jam 7 hingga 9.30 pagi pula akan membawa tema Malaysia Prihatin dari sudut pandang al-Quran.

Turut dimuatkan juga panggilan menerusi aplikasi

Skype bersama frontliner dan karyawan yang terkesan kerana Covid-19.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,561FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat