Dr Noor Hisham Nafi Saran Guna Ivermectin Rawat Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan kononnya pernah menyarankan pengambilan ubat antiparasit haiwan terkenal, Ivermectin.

Perkara tersebut dijelaskan Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini ekoran tular melalui wadah media sosial berhubung isu panas berkenaan.

“Artikel yang bertajuk ‘Ivermectin murah, mudah didapati dan selamat untuk digunakan – KP Hisham’ merupakan berita palsu dibuat pihak tertentu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Semakan pasukan itu mendapati, beliau sendiri menjelaskan bahawa artikel tersebut adalah tindakan pihak tidak bertanggungjawab konon beliau menyarankan bagi merawat Covid-19.

Noor Hisham melalui penjelasan dalam akaun sosial beliau turut memuat naik tangkap layar hantaran berkenaan yang dipercayai disunting daripada artikel asal bertarikh 22 Januari lalu.

Kandungan itu antaranya menyatakan konon Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Ivermectin sebagai ubat penting sejak 2019 selain mengaitkannya dengan rawatan wabak.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar segera menghentikan penyebaran berita palsu itu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat negara ini, sebaliknya pengguna siber perlu sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat