31 Menteri, 38 Timbalan Menteri Angkat Sumpah Isnin ini Di Istana Negara.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri yang dilantik bagi mengisi Kabinet Keluarga Malaysia akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Shah Billah, pada jam 2.30 petang, Isnin ini, di Istana Negara.

Pelantikan menteri terbabit diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman barisan Kabinet baharu yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Manakala muka baru yang menyertai Kabinet ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat