PRN SABAH: BN, PN Bertanding Guna Logo Sendiri

- Advertisement -

PRN SABAH: BN, PN Bertanding Guna Logo Sendiri

Cyberjaya – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menaruh keyakinan tinggi isu pe­ngagihan kerusi dengan parti Bersatu akan selesai hujung bulan ini.

“Ya, masih belum dimete­raikan (agihan kerusi) tinggal ada beberapa kerusi yang dapat perhatian. Saya bagi jaminan ia akan diputuskan sebelum hujung bulan ini.

“Tujuh puluh tiga kerusi ini banyak, kalau diagih-agihkan takut ‘banyak’ (teragih), jadi, merunsingkan kalau diagihkan.

“Wajar buat suatu perun­dingan iaitu perlu berlandaskan fakta dan data parti-parti yang menuntut kerusi-kerusi ini. Tapi bagi UMNO, kita akan pertahankan kerusi-kerusi yang kita ada (kerana) kita ada kekuatan,” kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Ahli parlimen Kinabatangan itu berkata, BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS akan bergabung dengan Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR dan SAPP bagi berdepan dengan Warisan diketuai Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Sementara itu menurut sumber dalaman beberapa buah parti di Sabah yang dihubungi SuaraTV, walaupun bergabung namun BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah akan bertanding mengunakan logo sendiri.

“Perikatan Nasional yang diwakili oleh Bersatu, PAS, MIC, Star, PBS dan SAPP akan bertanding mengunakan logo PN yang akan diumumkan hari Sabtu ini.

“Manakala Barisan Nasional yang diwakili UMNO, MCA dan PBRS akan bertanding mengunakan logo dacing,” katanya.

Bung seterusnya berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kekuatan parti masing-masing di setiap kawasan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Warisan yang dijangka disertai sekutu utama, DAP dan PKR.

“Kita sedang kenal pasti beberapa kawasan yang straight forward pada parti masing-masing. Pada masa sama kita perlu lihat respons pengundi dan kekuatan jentera masing-masing.

“Kalau semua parti bekerjasama, saya tak nampak ada halangan besar untuk BN dan parti-parti gabungannya menang pada PRN kali ini,” kata­nya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September hari pengundian PRN Sabah yang menyaksikan pertambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu, menjadikan kesemuanya 73 kerusi jadi rebutan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat