Jangan Keluar Mengundi Saat Akhir -SPR

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan para pengundi di Dun Slim tidak keluar mengundi disaat akhir pada 29 Ogos ini.

Walaupun masa mengundi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang, para pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi awal bertejuan bagi mengelakkan pengundi berkumpul dalam keadaan yang ramai.

“SOP Penjarakan fizikal di pusat mengundi mesti dipatuhi, kata Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim yang akan berlangsung sabtu ini, seramai 22,749 daripada 23,094 pengundi layak mengundi. Dimana 267 adalah pengundi awal dan 78 adalah pengundi pos, katanya.

Pengundi diingatkan membawa kad pengenalan diri dan kad pengundi atau catatan maklumat pengundian dan tunjukkan kepada kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran, ujarnya.

“Bagi pengundi yang tidak mempunyai kad pengundi disebabkan telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian disarankan membuat semakan dilaman web SPR, aplikasi MySPR, Hotline SPR 0388927018 atau SMS ke 15888 taip SPRSEMAK No Kad Pengenalan, kata Ikmalrudin.

SPR juga menasihatkan para pengundi tidak menyerahkan kad pengenalan kepada orang yang tidak dikenali selain petugas pilihan raya, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat