Malu Apa Atokku Kata Puad Pada Kit Siang

- Advertisement -

Oleh : Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Kit Siang memang bapa penyayang. Dia macam Atok. Anak tetap dipertahankan, walaupun anak adalah penyangak.

Bila Betty Chew ditangkap, Kit Siang merayu agar menantunya tidak dilokap dan didakwa

Dalam kes tender runding terus, dia dakwa Tengku Zafrul sudah masuk kelab “malu apa Bossku “.

Kalau begitu, eloklah Kit Siang masuk kelab “malu apa atokku”. Tun M adalah ketuanya.

Itu adalah kelab untuk mereka yang mempertahankan amalan rasuah, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh anak anak sendiri.

Sekarang ini Lim Kit Siang malu besar bila terdedah kepada rakyat bahawa anaknya adalah hantu raya projek runding terus.

Anak beranak cuba menegak benang basah. Kononnya ia tidak salah. Kerajaan BN pun buat. Masa BN lagi banyak. Itu projek darurat untuk COVID-19, beli senjata perang dll.

Lagi banyak alasan, lagi kuat bukti Lim Guan Eng-PH adalah penipu sepanjang zaman

Runding terus bukan masalah. Tapi langgar manifesto PH adalah dosa kepada rakyat.

Siapa suruh janji. Penipu Rakyat rupanya.

Mengaku sajalah. “Malu Apa Atokku”.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat