Bernama Radio, ManisFM jalin kerjasama terbitkan ‘Khabar Pantai Timur’

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA TERENGGANU: Mulai 3 Sept ini, pendengar Bernama Radio dan ManisFM akan disajikan dengan program bual bicara iaitu ‘Khabar Pantai Timur’ yang mengetengahkan isu semasa, perniagaan dan keusahawanan.

Program bual bicara yang menonjolkan kisah kejayaan usahawan ini merupakan hasil kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Husa Network Sdn Bhd yang bakal dimeterai hari ini, di Wisma Darul Iman, di sini.

Melalui kerjasama tersebut, program ‘Khabar Pantai Timur’ akan bersiaran selama setengah jam pada setiap Khamis pukul 7.30 pagi di Bernama Radio dan ManisFM, selama 13 minggu bermula 3 Sept 2020.

Selain menampilkan kisah kejayaan usahawan terutama usahawan muda yang terlibat dalam bidang pertanian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), program berkenaan turut memberi peluang kepada pendengar untuk berkongsi pandangan secara langsung.

Kerjasama antara kedua-dua stesen radio tersebut merupakan cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah agar ManisFM yang bersiaran di Kelantan, Pahang dan Terengganu, dapat memantapkan lagi kandungan program berkaitan perniagaan dan keusahawanannya.

Selain penerbitan program bual bicara itu, dua petugas ManisFM akan diberi peluang menjalani latihan penghasilan program di Bernama Radio, Wisma Bernama, Kuala Lumpur, manakala ManisFM akan menyiarkan program keusahawanan terbitan Bernama Radio di stesennya.

Bernama Radio yang dilancarkan  pada 3 Sept 2007, dimiliki sepenuhnya oleh Bernama, memfokuskan pada laporan berita terkini dan sejak 1 Okt 2019, ia menampilkan konsep baharu yang memberi tumpuan berita dunia perniagaan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dengan tagline ‘Stesen Berita Bisnes Anda’, Bernama Radio menyiarkan berita-berita terkini dan program temu bual serta perbincangan yang memfokuskan kepada hal ehwal semasa, keusahawanan dan pembangunan perniagaan melibatkan usahawan yangt akan berkongsi pengalaman mereka dalam dunia perniagaan.

ManisFM yang beroperasi sejak 1998 pula, merupakan stesen radio swasta pertama di Pantai Timur yang dimiliki oleh syarikat pelaburan Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan dikendalikan Husa Network Sdn Bhd.

Stesen radio dalam bahasa Melayu yang bersiaran selama 24 jam itu bercirikan tempatan, interaktif, menyediakan gabungan kandungan hiburan dan maklumat dengan menampilkan pengisian Islamik secara santai dan segmen bersama usahawan.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...