Tujuh Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 4 Kes Import – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke satu angka dengan tujuh kes dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,904 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.

Katanya, empat kes pula melibatkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu tiga warganegara dan seorang bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

“Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia.

“Kes berlaku di Sabah iaitu tiga kes saringan prapembedahan, dua kes dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, dan satu kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, satu kes pulih COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 8,601 kes.

Pada masa sama, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 124 kes.

Malah, katanya tiada kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat